Kuala Lumpur (12 Ogos, 2016): Penganjur SepakTakraw League (STL) 2016 telah melancarkan kit rasmi untuk kesemua pasukan yang akan beraksi pada tahun ini.

Selepas beberapa bulan bekerja keras, pihak penganjur telah melengkapkan satu fasa strategi penjenamaan semula STL melalui pelancaran jersi pada hari ini

Pada edisi kali ini, pasukan yang bertanding akan diberikan jersi yang direka khas untuk menonjolkan lagi identiti setiap pasukan.

Penjenamaan semula STL begitu menfokuskan zaman kegemilangan sepak takraw dan apa yang hendak dicapai adalah mereka mahu memulakan dimensi baru melalui pembangunan dan mempromosikan semula sepak takraw di Malaysia.

Menurut pereka jersi, Muhamad Noor Fitri Roslan, terdapat reka bentuk jersi pasukan yang berunsurkan rekaan retro sekitar 90-an.

Fitri mahu mengimbau kembali kenangan di era popular sukan sepak takraw suatu masa dahulu. Dia mahu membina memori terdahulu dan sebab itulah reka bentuk jersi mengikut rekaan lama.

“Sebagai contoh, Kedah menggunakan jersi yang mempunyai bentuk V semasa zaman kegemilangan mereka pada zaman 80-an hingga 90-an. Begitu juga dengan Melaka dan Johor yang menggunakan warna tradisi iaitu hijau dan biru”.

“Hanya pasukan Angkatan Tentera Malaysia dan Kuala Lumpur akan mengikut trend terkini dalam rekaan jersi mereka. Sementara itu, jersi pasukan lain akan diilhamkan megikut rekaan lama,” kata Fitri.

Fitri yang menjadi pereka jersi untuk semua pasukan bertambah, dia mahu mengekalkan corak tradisi terhadap jersi pasukan Kelantan Warriors kerana rekaan seperti itu turut digunakan oleh pasukan bola sepak Kelantan, kriket dan juga pasukan ragbi.

Sementara itu, naib juara tahun lepas iaitu Penang Black Panthers akan menggayakan jersi yang direka untuk menunjukkan keberanian berdasarkan pencapaian mereka dalam sepak takraw dan pada masa yang sama jersi pasukan itu mampu memberi serangan psikologi terhadap pasukan lawan.

Bagi pasukan Terengganu Turtles pula, Fitri telah memberi sentuhan istimewa ke atas jersi pasukan dari Pantai Timur itu. Dia telah menambah “elemen” Pantai Rantau Abang ke dalam rekaan jersi pasukan itu.

Dia berkata penyokong pasukan Terengganu Turtles akan dapat melihat satu sentuhan pada rekaan yang berunsurkan gelombang dari pantai popular itu.

“Pantai itu menjadi popular kerana banyak penyu terdapat disitu dan itulah yang diaplikasikan dalam rekaan jersi pasukan Terengganu,” kata Fitri.