Reading Time: 4 minutes

SERDANG (11 Disember, 2016): Penang Panthers memenangi kempen peringkat awal Liga Sepak Takraw (STL) 2016 dengan dua lagi mata, menewaskan Johor Tigris 21-6, 21-18 namun hanya peringkat kalah singkir minggu depan yang bakal memuktamadkan siapa juara keseluruhan dan pemilik RM40,000.

Syahir Rosdi (tekong), Kamal Ishak/Azlan Alias (perejam) dan Suhairi Sulaiman (pengumpan) hanya mengambil masa 39 minit untuk mengumpul 24 mata menerusi kemenangan ke-12 ini terhadap Haidzir Rashid, Norhaffizi Razak dan  Di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor.

Panthers akan berdepan pasukan tangga keempat carta mata liga yang juga juara bertahan, ATM Guardians manakala satu lagi separuh akhir, Sabtu ini menemukan Terengganu Turtles (kedua) dengan Kuala Lumpur Thunder (keempat).

Final STL bagi divisyen ini dan Divisyen Satu akan berlangsung, sehari kemudian.

Satu lagi perlawanan yang sekadar melengkapkan jadual STL kerana slot penurunan divisyen telah diketahui milik Kedah Eagles dan Melaka Titans, dimenangi Thunder yang menumpaskan pasukan corot, Titans 21-17, 10-21, 22-10 dalam tempoh 58 minit.

Thunder hanya meletakkan tekong utama, Ahmad Aizat Nor Azmi sebagai apit kanan manakala Farid Aziz mengambi alih posisi itu sambil Amirul Zazwan Amir kekal apit kiri untuk menumpaskan Khobil Sapair/Sahidan Ali, Azwan Yahya/Amirul Asyraf Idris dan Zarlizan Zakaria.

Sementara itu, empat pasukan yang sah ke separuh akhir Divisyen Satu, minggu depan sambil terus memburu dua slot naik ke Divisyen Perdana 2017 ialah Perak The Bos Gaurus, Selangor, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) A dam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tiga pasukan teratas ini terikat 18 mata manakala PDRM menghampakan pasukan pilihan yang diperkuatkan pemain negara, Negeri Sembilan The Jangs ke tangga kelima dengan perbezaan mata menang-kalah walaupun berkongsi 16 mata.

Saingan awal liga divisyen ini menyaksikan Bos Gaurus menundukkan Putrajaya yang masih cuba mengintai tiket separuh akhir, 21-17, 21-12 selepas 36 minit sementara PSM A memenangi ‘pertarungan bersaudara’ selama 41 minit dengan PSM B 21-18, 21-17.

Tekong negara, Syahir Rosdi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Sepak Takraw (STL) 2016 dengan meraih undian terbanyak, 10 undi menurut pilihan jurulatih dan pengurus kelapan-lapan pasukan Divisyen Perdana.

Pemain Penang Panthers itu mengatasi perejam ATM Guardians, Afifuddin Razali yang beroleh tiga undi dan empat lagi calon pencabar, Zulkifli Razak dan Azwan Muhrim (Terengganu Turtles), Norhafizi Razak (Johor Tigris) dan rakan sepasukan, Azlan Alias (satu undi).

Syahir membawa pulang ganjaran wang tunai RM1,500 dan piala khas yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia 2017 (Masoc), Datuk Seri Zolkples Embong di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor.

Pemilihan dilakukan oleh jurulatih dan pengurus namun mereka dilarang mengundi pemain pasukan sendiri manakal sebuah panel jurulatih kebangsaan turut berhak dan bebas memberikan satu undi kepada sesiapa sahaja dalam kalangan 16 pemain yang dicalonkan (Keputusan yang penuh ada di bawah)

Namun kejayaan Syahir itu gagal dilebarkan Panthers yang ditewaskan oleh Turtles untuk muncul pemenang satu lagi anugerah Regu Bintang STL 2016 apabila Zulkifli, Fadzli Roslan dan Azwan masing-masing meraih undian terbanyak para peminat di seluruh negara menerusi laman sosial Facebook, sepaktakraw league.

Zulkifli meraih 47.72 peratus bagi Tekong Terbaik, Fadzli (57.69) dan Azwan (63.33) sementara Syahir, Azlan dan Zaim yang meraih naib juara Regu Bintang STL, masing-masing mengumpul 38.01, 9.51 dan 14.04 peratus.

Ketiga-tiga pemenang Regu Bintang STL membawa pulang RM1,000 setiap seorang manakala RM500 menjadi milik naib juara kategori yang baru diperkenalkan pada musim ketiga liga anjuran AsIa Sports Ventures (ASV) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ini.

 

KEPUTUSAN:

 

AHAD (11 Disember 2016):

Ekspres Perdana Sepak Takraw League (STL):

Kuala Lumpur Thunder kalahkan Melaka Titans 2-1 (21-17, 10-21, 22-20)

Penang Black Panthers kalahkan Johor Tigris 2-0 (21-6, 21-18)

 

* Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor

 

ALL STL 1st Team & ALL STL 2nd Team Poll Results

 

Feeder
S/N Team Name Vote Percentage
1 Terengganu Turtles Muhammad Azwan Bin Muhrim 63.33%
2 Penang Black Panthers Muhammad Zaim Bin Razali 14.04%
3 Kuala Lumpur Thunder Amirul Zazwan Bin Amir 5.59%
4 Kelantan Warriors Aidil Bin Azwawi 5.07%
5 Penang Black Panthers Mohamad Suhairi Bin Sulaiman 3.90%
6 ATM Guardians Norfaizzul Bin Abd Razak 3.25%
7 Johor Tigris Muhammad Lutfil Hadi Bin Azmi 1.82%
8 Melaka Titans Mohd Zarlizan Bin Zakaria 1.17%
9 Kedah Eagles Zuleffendi Bin Sumari 0.78%
10 Johor Tigris Mohammad Saifulrudin Bin Khalid 0.52%
11 ATM Guardians Mohd Nazuha Bin Mohd Nadzli 0.52%

 

Striker
S/N Team Name Vote Percentage
1 Terengganu Turtles Muhammad Fadzli Bin Muhammad Roslan 57.69%
2 Penang Black Panthers Mohammad Azlan Bin Alias 9.51%
3 Kedah Eagles Mohd Shahrol Nizam Bin Romli 6.52%
4 ATM Guardians Muhammad Afiffudin Bin mohd Razali 6.09%
5 Terengganu Turtles Mohd Kamal Alfiza Bin Shafie 5.66%
6 Johor Tigris Muhammad Norhafizi Bin Abd Razak 5.56%
7 Penang Black Panthers Muhammad Danial Baharin 3.42%
8 kelantan Warriors Nur Yuslie Bin Md Jusoh 1.39%
9 kelantan Warriors Wan Naim Izani Bin Wan Mohd Noor 1.07%
10 Penang Black Panthers Mohd Kamal Bin Ishak 0.85%
11 Kelantan Warriors Muhammad Aiman Bin Fouzi 0.64%
12 Melaka Titans Amirul Asyraf Bin Idris 0.53%
13 Kuala Lumpur Thunder Mohd Hafiz Bin Abdul Rahman 0.43%
14 Kedah Eagles Mohd Fadzil Bin Baharuddin 0.32%
16 Kedah Eagles Ali Alhamidi Bin mohd Ayob 0.21%
17 ATM Guardians Mohd Khairudin Bin Adenan 0.21%
18 Kuala Lumpur Thunder Mohd Zamree Bin Mohd Dahan 0.21%
19 Kedah Eagles Mohamad Faris Bin mohd Salleh 0.11%

 

Tekong
S/N Teams Name Vote Percentage
1 Terengganu Turtles Muhammad Zulkifli Bin Abd Razak 47.72%
2 Penang Black Panthers Syahir Rosdi 38.01%
3 Terengganu Turtles Irsyad Bin Aziz 4.44%
4 Terengganu Turtles Izurin Bin Refin 1.64%
5 ATM Guardians Muhammad Nazmi Bin Mohd Najib 1.64%
6 Kuala Lumpur Thunder Ahmad Aizat Bin Mohd Nor Azmi 1.52%
7 Penang Black Panthers Mohamad Fazil Bin Mohd Asri 0.94%
8 Melaka Titans Sahidan bin Md Ali 0.82%
9 Johor Tigris Muhammad haidzir Bin Abdul Rashid 0.82%
10 Kelantan Warriors Mohamad Hisyam Bin Mat 0.47%
11 Kelantan Warriors Muhammad Ikhwan Bin Abdul Rahman 0.47%
12 Kedah Eagles Muhammad Asrah Bin Adenan 0.35%
13 Kuala Lumpur Thunder Muhammad Farid Bin Abdul Aziz 0.35%
14 ATM Guardians Mohamad Hasman Bin Che Hamid 0.23%
15 Kedah Eagles Mohd Nazirul Akram Bin Razali 0.12%
16 Kedah Eagles Mohd Syakim Bin Mohamad Jamil 0.12%
17 Melaka Titans Muhammad Afiq Bin Adnan 0.12%
18 Melaka Titans Muhammad Khobil Bin Sapair 0.12%
19 Kuala Lumpur Thunder Saravanan A/L Kanesan 0.12%

 

Released by Shekhinah PR on behalf of Asia Sports Ventures.

For more information, please contact:

Jude Anselm William

judewilliam@shekhinah.my

011-1643 7880

Christopher Raj

chris@shekhinah.my

012 – 2161881