Reading Time: 2 minutes

Serdang (10 Disember, 2016): Sembilan pemain kebangsaan menguasai senarai  16 calon bagi anugerah ‘Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Sepak Takraw (STL) 2016’ yang bakal dipilih oleh jurulatih dan pengurus kelapan-lapan pasukan yang bertanding.

Tekong dan pelibas utama negara, Syahir Rosdi dan Azlan Alias yang banyak membantu melonjakkan Penang Panthers sebagai teraju Divisyen Perdana ketika ini dengan memintas Terengganu Turtles pada minggu kesembilan ini, mendahului senarai berkenaan.

Turut bersaing ialah Nazmi Najib dan Afifuddin Razali – tekong dan pelibas ATM Guardians, apit kiri Terengganu Turtles – Azwan Muhrim, Amirul Zazwan Amir (Kuala Lumpur Thunder), apit kanan Norhaffizi Razak (Johor Tigris), Aidil Aiman Azwawi (Kelantan Warriors) dan Sahidan Ali (Melaka Titans).

Lain-lain termasuk tekong Turtles, Zulkifli Razak, Zamree Dahan (Thunder), Haidzir Rashid (Tigris), Shahrol Nizam Romli, Zuleffendi Sumari (Kedah Eagles), Khairul Hisham Yusoff (Warriors) dan Azwan Yahya (Titans).

Pemilihan MVP yang akan meraih hadiah wang tunai RM1,500 dan piala khas dipilih oleh jurulatih dan pengurus yang tidak boleh melibatkan pemain pasukan sendiri namun jika kedudukan undian terikat, sebuah panel khas akan membuat keputusan muktamadnya.

Sebuah 3 lagi panel jurulatih kebangsaan turut berhak memilih sesiapa sahaja pemenangnya tanpa selatan dan satu undi mereka menghimpunkan 17 undi kesemuanya.

Anugerah MVP anjuran Asia Sports Ventures (ASV) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ini akan disampaikan selepas perlawanan terakhir Divisyen Perdana STL antara Tigris dan Panthers di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor, petang esok.

Satu lagi anugerah yang turut akan disampaikan ialah ‘Regu Bintang STL’  yang dipilih secara undian para peminat menerusi Facebook, sepaktakraw league melibatkan tiga pemain setiap posisi – tekong, perejam atau apit kanan dan pengumpan atau apit kiri.

Mereka dengan undian terbanyak, akan dinobatkan sebagai pemenangnya dengan masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala khas manakala tiga lagi pemain dengan undian kedua terbanyak, beroleh RM500 setiap orang.

Jika berlaku kedudukan undian terikat, sebuah panel khas STL akan memutuskannya yang diketuai Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail selain dianggotai Timbalannya, Datuk Akramuddin Aziz, Pengarah Pertandingan, Tengku Adnan Tengku Burhanudin, ketua pengadil PSM Fadzil Hashim dan Pengurus Kanan Jualan dan Penajaan ASV, Ahmad Fariq Ahmad Azlan.

 

SENARAI CALON MVP STL 2016

Penang Black Panthers (Syahir Rosdi, Azlan Alias)

Terengganu Turtles (Zulkifli Razak, Azwan Muhrim)

Kuala Lumpur Thunder (Zamree Dahan, Amirul Zazwan Amir)

ATM Guardians (Nazmi Najib, Afifuddin Razali)

Johor Tigris (Haidzir Rashid, Norhaffizi Razak)

Kedah Eagles (Shahrol Nizam Romli, Zuleffendi Sumari)

Kelantan Warriors (Khairul Hisham Yusoff, Aidil Aiman Azwawi)

Melaka Titans (Sahidan Ali, Azwan Yahya)

 

Released by Shekhinah PR on behalf of Asia Sports Ventures.

For more information, please contact:

Jude Anselm William

judewilliam@shekhinah.my

011-1643 7880

Christopher Raj

chris@shekhinah.my

012 – 2161881